2007-07-02

MY QUALIFICATON


Saya memulakan perniagaan dari rumah dalam bidang kek ini sejak 2005, tanpa sebarang kelulusan tetapi memandangkan dunia baking dan menghias kek adalah minat saya sejak dari saya berumur 15 tahun lagi maka ia bukan sesuatu yang janggal buat saya.....itulah pertama kali saya mula menghias kek dengan aising pada umur 15 thn....Dan pada 2005, tidak sekali-kali minat itu datang kerana terpengaruh dengan keuntungan yang datang hasil dari jualan kek....kerana saya bermula tanpa pengaruh dari sesiapa atau belajar dari sesiapa....dan pada waktu itu juga bilangan bakers boleh dibilang dengan jari sahaja...

Pertama sekali saya menyediakan kek untuk diberikan kepada rakan2, saya terus mendapat galakan dari mereka untuk mengkomersilkannya......kebanyakan tempahan bermula dengan rakan2 rapat yang tidak pernah putus2 memberi saya dorongan dan semangat untuk terus maju....

Kemudian, barulah saya mendaftar untuk menghadiri kursus2 asas sebagai satu tiket untuk 'melayakkan' saya meletakkan diri saya sebagai pembuat kek.  Secara teknikal, kemahiran saya menghias kek dengan buttercream tidak dipengaruhi oleh sesiapa kerana saya tidak mempunyai guru, jadi secara asasnya saya mahir dengan idea dan teknik saya sendiri.  Ini terhasil dengan latihan yang sentiasa diasah dan dibantu dengan kreativiti tersendiri.  Bagi kemahiran dalam sugar aising atau fondant, saya menghadiri 2-3 kelas untuk mendapat sedikit info tentang teknik pembuatan yang betul, selebihnya saya gunakan kreativiti sendiri sahaja.

Bagi saya, lebih banyak latihan dibuat, lebih meriah kreativiti yang tercipta.

Dalam apa pun yang dibuat, bagi saya adalah penting melakukannya dengan hati yang tulus.....bukan semata-mata mencari keuntungan dalam apa jua bidang yang anda lakukan.

Sehingga sekarang, saya sentiasa 'enjoy' dengan apa yang saya buat kerana sejak dari kecil lagi darah seni sudah mengalir dalam jiwa saya, ia terapi terbaik saya.....ini kerana kesemua keluarga saya mempunyai kemahiran seni yang pelbagai....masing2 dengan kemahiran yang sangat berhubung kait dengan seni seperti batik dan gubahan hantaran.

Namun, sehingga sekarang saya tidak pernah menganggap saya sangat berkemahiran....setiap hari bagi saya adalah proses pembelajaran......ilmu makin ditimba sebenarnya lebih banyak yang saya tidak ketahui.....saya tidak sesekali mengakui teknik saya adalah yang terbaik atau kek saya yang paling bagus, bagi saya citarasa pelanggan semuanya berbeza2......akan ada orang yang tidak suka, ada yang akan suka.....saya tidak juga sesekali mengatakan saya layak meletakkan harga kek saya setinggi itu, setinggi ini untuk mengatakan bahawa hasil kerja saya lebih perfect dari orang lain....tidak.....tak ada sesiapa yang sempurna sebenarnya untuk mengakui kek mereka mahal kerana hasil kerja mereka tip top dan kek orang lain murah kerana hasil kerja mereka low class....siapa mereka untuk menghakimi kek sendiri?.....harga saya lebih kepada harga asas dan penat lelah saya menghias campur tolak harga letrik dan gas, saya tak ambil untung giler2 mcm sesetengah bakers.....kalu boleh compare, silakan.....saya cuba buat delivery ngan kos antar yang minimum....sbb ada baker yang charge double dr saya charge untuk jarak yang sama.....so fikirkan le.....saya buat untuk menggembirakan hati orang juga sebenarnya......tapi jangan le order bawah minimum order yang saya tetapkan....bukan apa, kena le fikirkan kos letrik dan masa nak buat....tak bebaloi saya nak bakar 9 biji cupcake (sedangkan masa bakar untuk 50 biji pun sama lama) dalam oven saya sbb saya bukan biz di kedai yang boleh buat in bulk atau lain2....saya cuma buat base on order.....



2006


2009



Bengkel Hias Mini Fondant (Hands On Fondant) - 2009