Syarat Tempahan Kek/Penghantaran

WAJIB BACA
**Sila baca dan fahamkan terma kami sebelum membuat tempahan


**Mana2 tempahan yang dibuat tetapi tidak disertakan deposit dalam masa 24 jam selepas persetujuan adalah dibatalkan.  Ini termasuk sebarang perbincangan melalui sms/whatsapp juga dianggap batal dan dihapus dari senarai nama pemanggil untuk mengelakkan pertindihan dengan yang benar2 serius berurusan, jadi tiada maklumat lama akan tersimpan. Tempahan baru mesti dibuat jika ingin meneruskan urus niaga.  


Sila maklumkan BHM jika anda tidak berkesempatan membuat pembayaran dalam tempoh 24 jam tersebut.  


**Untuk tempahan dengan deposit, pastikan baki pembayaran diselesaikan selewat-lewatnya 3 hari sebelum pick up/delivery.


**Tempahan tanpa deposit adalah tidak disenarai dalam kalendar BHM.  Semua tempahan melebihi RM150 mesti disertakan deposit 70% dari jumlah tempahan dan tempahan dibawah jumlah tersebut mesti diselesaikan sepenuhnya.  


*Sila kepilkan pembayaran melalui atm bank in/transfer via whatsapp/cc ke email : batriesyiahomemade@gmail.com.  Pihak kami akan memeriksa pindahan wang terlebih dahulu sebelum memberi maklumbalas.


**Kami akan bagi direction alamat untuk pick up selepas pembayaran diselesaikan.


**Semua urusan hanya melalui pm page/whatsapp/sms sahaja.  Tiada sebarang panggilan telefon akan dilayan.


**COD tidak dibenarkan dalam urus niaga bagi pelanggan baru kecuali pelanggan tetap BHM sahaja.


**Deposit tidak akan dipulangkan jika pembatalan tempahan dibuat sehari sebelum tarikh pick up.


**Tempahan dengan edible mesti dibuat 2 minggu sebelum.  


**Penghantaran buat masa ini untuk tempahan melebihi RM80 ke atas ke sekitar Perlis sahaja selepas jam 6 petang pada setiap hari dan tertakluk masa tertentu pada Sabtu/Ahad.  Tempahan luar Perlis (tertakluk Jitra dan Alor Setar sahaja) juga selepas 6 petang dengan syarat tempahan melebihi RM150 ke atas dan juga caj delivery.  Tiada penghantaran ke luar kawasan selain di atas buat masa sekarang.



**Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku jika tempahan diambil sendiri oleh pelanggan.

Terima kasih.


KAWASAN PENGHANTARANCAJ
Penghantaran pada hari bekerja (Isnin - Jumaat) hanya dibuat selepas pukul 6 petang.
PERLIS
Arau/Bandar KangarFOC
**Tempahan melebihi RM80
Lain-Lain di Perlis
(meliputi Padang Besar, Kuala Perlis, Simpang Empat, Pauh)
RM10
**Tempahan melebihi RM80
KEDAH*Tempahan mesti melebihi RM150 (tidak masuk caj hantar)
ChanglunRM20
JitraRM25
Alor Setar & SekitarRM35





Self Pick Up/Ambil SendiriAmat dialu-alukan, namun sila buat temujanji terlebih dahulu.


Self Pick Up Point (alamat akan dimaklumkan melalui email/sms selepas confirm urusniaga)

Masa Pick Up
:

Isnin - Jumaat : selepas pukul 6 petang
Sabtu - Ahad : Dengan temujanji sahaja